PENGHARGAAN

by 12:22:00 AM 0 comments


DEDIKASI

“Untuk abah dan ibunda tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga kerja Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) serta semua rakan-rakan seperjuangan di Politeknik Balik Pulau, serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.”

Pelatih juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama pensyarah program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama.


“JASAMU DIKENANG”


PENGHARGAAN

             Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya Siti NurFarahin Binti Polly siswi Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan (DIP) telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di Majlis Daerah Kuala Langat  selama satu semester.

            Di kesempatan ini, pelatih ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan Majlis Daerah Kuala Langat(MDKL)  terutamanya kepada En Jamion Bin Mahat selaku penyelaras pelajar praktikal kerana sudi menerima pelatih untuk menjalani latihan industri di MDKL.

            Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada En Mohd Firdaus Bin Zainal Abidin selaku pegawai bahagian teknologi maklumat ketika menjalani latihan industri di MDKL. Tidak dilupakan juga kepada seluruh kakitangan MDKL yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus pelatih lakukan sepanjang pelatih menjalani latihan industri di Syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti pelatih tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya seperti ini. Di samping itu, tidak dilupakan juga kepada kesemua kakitangan MDKL . Tanpa kalian sudah tentu pelatih tidak dapat menyediakan laporan bertaip latihan industri ini.

             Selain itu, pelatih juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik terutamanya kepada para pensyarah di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri kerana telah memberi kelonggaran kepada pelatih untuk mencari sendiri tempat untuk melakukan latihan industri.  Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah buku laporan Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

            Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Balik Pulau khususnya kepada pensyarah yang mengajar modul softskills latihan industri saya iaitu Pn Syuhada Binti Rodzi kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan, semangat dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas sebelum kami menjalani latihan industri. Tidak lupa juga kepada semua pegawai latihan industri kerana telah menguruskan tempat latihan kami. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya buku laporan ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment