SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Apabila Sultan Abdul Samad diangkat menjadi Sultan Selangor yang keempat baginda telah berpindah ke Jugra. Kedudukan Jugra adalah dikira dari Bukit Jugra hingga ke puncaknya. Kedududkannya di kawasan tinggi dikatakan mudah untuk mengawasi keselamatan kawasan tersebut. Jugra juga terkenal sebagai pelabuhan yang penting dari segi perdagangan selain dari Melaka dan ia juga dikenali sebagai Langat. Langat begitu istimewa jika dibandingkan dengan daerah alain di Selangor kerana keadaannya yang aman. Mungkin atas dasar inilah Sultan Abdul Samad (Tahun 1895-1898, Sultan Selangor ke-IV) telah menjadikan Langat sebagai tempat baginda bersemayam dan sebagai pusat pemerintahan Kerajaan Selangor dan bukannya Kuala Selangor. Oleh yang demikian sejak tahun 1857 hinggalah baginda mangkat pada tahun 1898 baginda telah disemayamkan di Jugra. Sultan Abdul Samad telah membina istana baginda yang baru di kaki Bukit Jugra yang dikenali dengan nama Istana Jugra. Pada tahun 1875, Frank Swettenham masih berada di Langat dan Jugra merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor selepas Kuala Selangor. Ini dikuatkan lagi dengan tiga orang Pegawai Daerah bangsa Inggeris iaitu Normad, Adam dan Clayton.
Sebelum wujudnya Kesultanan Selangor pada 1743, Langat ditadbir oleh pembesar tempatan yang mempunyai kuasa dari segi politik dan ekonomi. Pembesar tempatan ini yang mengutip cukai dan hasil untuk kepentingan diri sendiri dan para pengikut mreka. Pentadbiran Langat pada masa itu adalah berada dibawah penguasaan Penghulu Tuah di kawasan pesisir pantainya.
Daerah Kuala Langat merupakan salah satu daripada sembilan (9) daerah dalam negeri Selangor. Ia terletak disebelah barat daya negeri Selangor dan bersebelahan di bahagian selatan Daerah Klang serta di sebelah barat Daerah Sepang. Untuk mengetahui asal-usul Langat secara mudah ia dapat dikaitkan dengann sebatang sungai yang bernama Sungai Langat. Dari segi kedudukan Langat terletak di kuala sungai tersebut. Menurut sumber lisan ada yang mengatakan bahawa Langat ituberasal dari perkataan Minangkabau yang membawa maksud "Air Hangat". Menurut sumber ini lagi pada masa dahulu pedagang-pedagang menggunakan Sungai Langat sebagai jalan perdagangan dan mereka mendapati air dibahagian kuala sungai tersebut sentiasa hangat. Lama kelamaan kawasan persekitarannya disebut Kuala Langat.
Latar Belakang Banting

Menurut cerita yang disampaikan secara lisan oleh orang-orang terdahulu, kawasan Banting ini dahulunya adalah merupakan sebuah hamparan tanah sawah yang sering digenangi air dan dipanggil tanah paya atau lembah. Petani pada masa itu menggunakan bajak atau tenggala yang diheret oleh “banteng” iaitu sejenis kerbau yang memiliki kekuatan tenaga dan garang. Bermula dari nama kerbau itulah kawasan ini diberi nama Banting.
Bandar Banting terletak di negeri Selangor Darul Ehsan pada kedudukan 2.8' Utara dan 101.6' Timur. Ia merupakan bandar pentadbiran bagi Daerah Kuala Langat.
Banting terletak di tepi Sungai Langat. Terdapat rangkaian jalan raya yang baik dari Bandar Klang, Banting dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkhidmatan awam seperti bas dan teksi menyambungkan lokasi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Bandar DiRaja Klang dan Bandaraya Kuala Lumpur.
Jumlah penduduk banting adalah sebanyak 48,240 orang. Bandar Banting pesat membangun kerana limpahan pembangunan dari pembukaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA.
Bandar Banting juga mempunyai tinggalan sejarah yang tersendiri seperti yang terdapat di Pekan Jugra, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Banting. Antara tinggalan sejarah di sini ialah Istana Bandar, Masjid Alauddin, Rumah Api Jugra, Makam Sultan Abdul Samad., Pantai Morib dan terbaru Pantai Kelanang. Jugra merupakan kawasan yang pernah menjadi pusat pentadbiran Sultan Selangor suatu ketika dahulu. Kini, ia menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negeri.

0 comments:
Post a Comment