LATARBELAKANG

by 9:53:00 PM 0 comments

LATAR BELAKANG MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT


Sejarah awal penubuhan Majlis Daerah Kuala Langat bermula 1 Januari 1977 dibawah peruntukan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976). Penubuhan ini adalah gabungan daripada Lembaga Bandaran Kuala Langat, Majlis Tempatan Sg. Jarom, Majlis Tempatan Tanjung Sepat. Keluasan kawasan pentadbiran MDKL pada awal penubuhannya adalah 9.6 kilometer persegi (3.7 batu persegi) mengikut pelan Warta 460 bertarikh 1.1.1977 dan pelan Warta 510 bertarikh 5.6.1987.


Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat kini adalah 85,770 hektar temasuk kawasan 3 batu nautika dari tikas air surut mengikut pelan Warta 1442 bertarikh 26 Oktober 2006. Bilangan penduduknya adalah seramai 312,319 orang (unjuran tahun 2015). Merangkumi tujuh (7) buah mukim dalam Daerah Kuala Langat iaitu Mukim Telok Panglima Garang, Mukim Tanjung Duabelas, Mukim Morib, Mukim Kelanang, Mukim Batu, Mukim Jugra, Mukim Bandar. Lokasi Majlis Daerah Kuala Langat juga bersempadan dengan pusat-pusat pembangunan utama negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Cyberjaya dan Pelabuhan Barat di Pulau Indah. Diperingkat nasional, ianya terletak di dalam konurbasi Kuala Lumpur-Lembah Klang-Seremban yang merupakan konurbasi pembangunan negara yang utama dan juga telah dikenalpasti sebahagian daripada Wilayah Lembah Klang II.


Kini bajet Majlis Daerah Kuala Langat telah mencecah RM 49,097,508 (Tahun 2015) dengan pegangan harta sebanyak 63,446 (penggal 1/2015). Jika dibandingkan tahun 2014 peruntukkan Majlis Daerah Kuala Langat berjumlah RM 52,233,489 juta dan penurunan bajet adalah 6%. Manakala bilangan pegangan harta pada tahun 2014 sebanyak 62,273 (penggal 2/2014) dan penambahan adalah 1.85% .




Peningkatan ini adalah sejajar dengan visi "KUALA LANGAT PERBANDARAN MAJU, DINAMIK, LESTARI DAN TERBILANG MENJELANG TAHUN 2020" bagi mengurus, melaksanakan dan memantau pembangunan selaras dalam mencapai kemajuan yang tinggi dari segi pembangunan ekonomi, infrastruktur dan teknologi serta peningkatan keupayaan pengurusan secara berterusan ke arah penghasilan kehidupan lestari.


Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment