Terima kasih saya
ucapkan kepada pihak Majlis Daerah Kuala Langat
yang telah memberi peluang untuk saya menjalani Latihan Industri di
Syarikatnya. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Syarikat tersebut
banyak maklumat dan pengetahuan yang saya dapat.
Walaupun begitu, masih
ada kekurangan yang perlu diperbaiki agar program ini lebih berkesan. Setelah
menjalani program Latihan Industri ini ingin saya mengemukakan beberapa
cadangan untuk dipertimbangkan bagi kebaikan bersama, sekiranya cadangan dan
saranan yang saya kemukakan ini bercanggah dengan pendapat syarikat, saya ingin
meminta maaf.
Antara cadangan dan
saranan ini adalah:-
Sentiasa memantau dan
mengikuti perkembangan para pelajar yang sedang menjalani program Latihan Industri.
Lebih mendedahkan pelajar kepada pelbagai
kerja agar pelajar dapat mempraktikan segala ilmu yang dipelajari serta
pengalaman yang sedia ada.
Hendaklah menjalankan promosi di semua Institusi pengajian
tinggi untuk memperkenalkan syarikat dan membuka peluang lebih ramai kepada
pelatih untuk menjalani latihan industri di syarikat ini.
Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar
yang akan menjalani latihan industri di syarikat ini
Menunjukan kesungguhan dan kerjasama yang baik kepada pelajar
dengan jelas supaya pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan
cemerlang.
0 comments:
Post a Comment