CARA FORMAT LAPTOP/INSTALL WINDOWS 7
Berikut adalah langkah-langkah lengkap untuk format dan
install windows 7.
- Hidupkan komputer dan masukkan CD/USB Windows 7
- Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.
- Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.
- Tetingkap "Install Windows" keluar. Tekan "Next".
- Tekan butang "Install now"
- Pilih edisi windows anda diruangan "Architecture" dan tekan "Next"
- Pilih partion(pilih C) dan tekan "Next"
- Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai dan komputer anda akan "restart" dengan sendirinya
- Jika skrin hitam dengan mesej "Press any key to boot from CD or DVD..." keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja
- Windows akan restart lagi dengan sendirirnya, anda perlu menuggu sehingga semua proses pemasangan seslesai
- Tetingkap "Setup Windows" keluar. taipkan nama anda pada ruangan "username" dan tekan "next"
- Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut dan tekan "Next"
- Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD windows 7 anda.
- Tetingkap "Setup Windows keluar. tekan pada mana-mana pilihan anda
- Pada bahagian "Time Zone", pilih "(UTC + 08:00Kuala Lumpur, Singapore)" dan tekan "Next"
- Sekiranya anda disambungkan kepada internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda
Selepas aktiviti memformat dan
memasang windows 7 pada setiap lattop nahupun pc ada beberapa perkara yang harus diinstal juga, perkara
tersebut adalah :
- Avira Antivirus untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah mempunyai antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira.
- K-Lite Mega Codec Pack supaya anda boleh memainkan pelbagai jenis video.
- 7-zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi.
- Flash Player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet.
- Adobe Reader untuk membuka fail PDF.
0 comments:
Post a Comment